BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

Kenangan Indah.


"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga

Friday, February 19, 2010

Itulah Realitinya..

03 Feb - NUTP Syor Guru Baru Wajib Ke Pedalaman

guru

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan guru yang menamatkan latihan perguruan wajib berkhidmat di pedalaman dan luar bandar sebagai mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru. Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, beliau merasakan sudah tiba masanya perkara ini diperluaskan semula.


Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar.Beliau mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar. Beliau memberitahu bahawa pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin
tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman. Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru.

Beliau menerangkan bahawa guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Wednesday, February 10, 2010

Renungan kita bersama

TERIMA KASIH cikgu Pendidikan Khas
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku membaca
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku menulis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku melukis
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mewarna
TERIMA KASIH cikgu yang mengajarku mengira
TERIMA KASIH guru yang mengajarku erti hidup
TERIMA KASIH guru yang mengajarku mengenal diri
TERIMA KASIH guru terawal – ibu dan ayah
TERIMA KASIH guru muqaddam
TERIMA KASIH guru tadika
TERIMA KASIH cikgu sekolah
TERIMA KASIH pensyarah TERIMA KASIH guru sejati
TERIMA KASIH jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini terima kasih,

Written by Tuan Hj Mohd Dan Bin Yusof

Monday, February 1, 2010

Segalanya bermula.....


Tahniah buat sahabat guru semua. 1 Feb 2010 menjengah jua. Macam-macam cerita dan peristiwa yang dapat didengar dan diluahkan, tetapi itulah yang perlu diharungi selama 3 bulan. Dan sejarah mereka hari ini akan kami mulakan esok!. Tak dapat digambarkan macam mana situasi itu. Kerana ada pedoman hidup pernah dititipkan buat panduan:

"Kuatkanlah dirimu dengan keyakinan bahawa tidak ada
yang mustahil dalam hidup ini"


Pada hari pertama kami menjejakkan kaki di sekolah. indah tapi takut menguasai diri. Mampukah mengharunginya untuk masa-masa mendatang. Pelajar menerima kami dengan baik... ucapan salam daripada pelajar seolah-olah anugerah yang bermakna. Aku mula menghafal nama pelajar... mereka suka kalau nama mereka kita ingat.

Hari kedua,

Saturday, January 23, 2010

Lambaian Bergelar Guru.

Assalammualaikum.
Buat pertama kali, maaf dipohon sekiranya santapan ini tidak menepati selera sesetengah pihak. Apapun pada ruangan yang ada ini akan aku coretkan perjalanan sepanjang bergelar guru praktikal. Segala suka duka akan ku coretkan di sini. Kini, aku menetap bersama 2 rakan di Kolej Rahim Kajai berikutan tidak mendapat rumah di tanah bertuah Putrajaya. Apapun di sini segalanya bakal bermula sebagai yang bermakna. Dalam masa yang sama usaha kami untuk mendapatkan istana di Putrajaya masih diteruskan.
Tahukah kawan-kawan semua... terasa sebak juga apabila memikirkan 10 bulan yang kata lalui bersama bakal tamat. Suka duka, pahit manis menjadi memori terindah, indah sangat. Terima kasih semua. Semoga kita semua bakal menjadi guru yang baik dan ikhlas di sisi Allah.

Wednesday, January 6, 2010

Mari Mengenal Kenderaan

Check out this SlideShare Presentation:

Pengajaran Dalam Bilik Darjah